Cara Disable Comment Di WordPress

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adakah laman web anda selalu dihujani dengan SPAM COMMENT sehingga anda bercadang untuk menutup terus ruangan comment di dalam laman web anda ? Di dalam artikel pada kali ini, saya akan menunjukkan cara untuk anda menggunakan WordPress Plugin untuk menutup (disable) ruangan komen. Sila ikut langkah-langkahnya dibawah :-

Install Plugin Disable Comment
  1. Didalam Dashboard WordPress Click PLUGINS
  2. ADD NEW
  3. Taip di ruangan carian (keyword), DISABLE COMMENT
  4. Click INSTALL NOW

Kemudian ACTIVE kan Plugin seperti biasa. Pada saat ini, plugin Disable Comment telahpun aktif di laman web WordPress anda. Untuk melakukan tetapan, sila ikuti langkah dibawah :-

**Anda boleh memilih untuk menginstall plugin lain yang mempunyai fungsi yang sama sebagai contoh plugin yang saya tunjukkan di atas**

TETAPAN PLUGIN DISABLE COMMENT

Tetapan Plugin Disable Comment
  1. Click SETTINGS
  2. Select DISABLE COMMENTS
  3. Baik, pada peringkat ini anda perlu untuk memilih sama anda untuk menutup kesemua ruangan komen di dalam website anda ataupun hanya bahagian tertentu (on specific post types). Sekiranya anda ingin menutup kesemua ruangan komen di dalam website, sila pilih EVERYWHERE .
  4. Sekiranya anda ingin menutup ruangan komen di bahagian tertentu sahaja (akan disenaraikan jenis kategori post type di laman web anda nanti), sila pilih (tick) dimana yang anda perlukan.

Click SAVE di bahagian ruangan bawah section.

Baiklah, pada peringkat ini anda telah berjaya untuk menutup ruangan komen anda berdasarkan tetapan (setting) yang telah anda tetapkan. Terima Kasih.

** Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan servis membina laman web / landing page, bantuan teknikal berkaitan laman web, servis install plugin dan theme premium, saya ada menawarkan servis tersebut dengan harga murah dan berpatutan. Click button whatsapp dibawah untuk berbual dengan saya.