Cara Kemaskini Theme WordPress

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Theme WordPress mestilah dikemaskini secepat yang mungkin apabila versi baru telah dikeluarkan oleh developer theme tersebut. Berkemungkinan versi terbaru yang dikeluarkan developer itu adalah melibatkan “security patch update” bagi menutup kerentanan (vulnerability) yang membuka ruang bagi anasir jahat masuk kedalam website anda.

Tapi kemaskini versi baru ini bukan sahaja melibatkan security patch, ia boleh jadi disebabkan bug fixes, pertambahan fungsi dan ciri-ciri baru serta peningkatan prestasi . Baiklah, berikut adalah cara-cara untuk mengemaskini theme wordpress anda :-

Sila ambil langkah-langkah pencegahan dengan BACKUP terlebih dahulu laman web anda sebelum proses kemaskini dilakukan. Jadikan ia sebagai praktis. Ini bagi mengelakkan kehilangan data sekiranya proses kemaskini gagal

WordPress Theme Update
  1. Click APPEARANCE dan anda akan dapati notifikasi bertanda yang berwarna merah. Ia bermaksud terdapat kemaskini versi terbaru daripada pihak developer theme.
  2. Click UPDATE NOW

Tunggu sehingga proses kemaskini selesai (selalunya mengambil masa kurang daripada 10 saat) dan kemudian refresh kembali page dashboard wordpress. Sekiranya tiada sebarang error di dalam website, maka proses kemaskini theme anda dianggap sebagai berjaya tanpa sebarang masalah.