Cara Memilih Dan Membeli Domain Laman Web

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

InsyaAllah hari ini saya akan berkongsi dan mengajar anda cara memilih dan membeli nama domain yang sesuai berdasarkan keadaan dan situasi anda (sama ada untuk diri sendiri ataupun perniagaan). Memilih nama domain yang sesuai adalah key terpenting sebelum anda membuat keputusan untuk membina dan memiliki laman web sendiri.

Baiklah, secara ringkasnya saya akan membahagikan kepada 2 bahagian utama yang akan menjadi faktor pemilihan nama domain yang sesuai.

  • Bahagian pertama : Anda ingin membina website berkaitan diri anda (personal blog). Mudah kata untuk penjenamaan diri sendiri. Boleh jadi ia adalah sebuah website / blog yang menceritakan perihal diri anda (perjalanan hidup dan diari), perkongsian pengalaman peribadi dan seumpamanya.
  • Bahagian kedua : Anda ingin membina website khusus bagi syarikat / perniagaan / koperasi / institusi ataupun seumpamanya.

PEMILIHAN NAMA DOMAIN UNTUK PERSONAL BRANDING

Bagi bahagian pertama, saya mencadangkan anda untuk memilih nama domain berdasarkan nama anda (personal branding). Boleh jadi khai.com , sitinabina.com , sitisabrina.my atau sesuatu nama / identiti yang mengikat diri anda, seperti lelakiberlari.com (personal blog saya) , perjalanandiri.com , akuberfikir.my (nama-nama yang mengikat dengan diri dan sifat seseorang)…

Okay, agak-agak boleh faham tak apa yang cuba untuk saya sampaikan ? Elakkan menambah nombor ataupun tanda karekter seperti “-” kedalam nama domain. Nama domain perlulah seringkas mungkin dan mudah untuk di ingati. Janganlah letak khai13544.com (dimasukkan nombor di dalam nama domain) atau sayasukamakanroticanai.com (nama domain terlalu panjang). Ingat, gunakan nama domain yang mewakili diri dan siapa anda dan juga boleh cari yang seringkas mungkin.

PEMILIHAN NAMA DOMAIN UNTUK PERNIAGAAN

Bagi bahagian kedua pula adalah untuk anda memilih nama domain yang sesuai bagi perniagaan anda. Nama domain bagi tujuan perniagaan / syarikat mestilah disandarkan kepada nama perniagaan tersebut. Sebagai contoh, kerepekpedas.com , airjampi.com (bagi nama produk) dan nama syarikat dan entiti pula adalah seperti, TahanBina.com , BinaEmpayar.com dan sebagainya. Jangan memilih nama domain yang tidak mewakili entiti perniagaan anda. (nama lain yang tidak bersangkutan dengan perniagaan anda).

PERKARA-PERKARA LAIN YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

  • Pilih nama extension domain yang sesuai – Pastikan anda mencari nama domain .com dan .my terlebih dahulu . Sekiranya domain tersebut telah didaftarkan oleh orang lain, anda boleh memikirkan nama domain alternative yang lain.
  • Seringkas yang mungkin – Domain yang lebih ringkas aksaranya akan lebih mudah di ingati oleh orang lain.
  • Pastikan ia mudah untuk Disebut – Domain hendaklah mudah difahami apabila dibaca dan disebut
  • Trademark – Jangan sesekali memilih domain yang sudah di trademark oleh orang dan syarikat lain seperti whatsapp, facebook, google, instagram, dan sebagainya.

MANA NAK BELI NAMA DOMAIN ?

Selepas kau orang dah memilih nama domain yang sesuai, langkah seterusnya adalah membelinya. Mana nak beli nama domain ya ? Okay, dibawah ini aku letakkan senarai provider (penyedia perkhidmatan) yang menawarkan servis menjual nama domain :-

Baiklah, rasanya kau orang dah faham kan serba sedikit asas untuk memilih nama domain yang sesuai dan terbaik bagi diri dan perniagaan anda. Sekiranya kau orang nak tahu lebih lanjut mengenai pemilihan nama domain, kau orang boleh whatsapp aku (melalui button dibawah). InsyaAllah aku akan layan semua pertanyaan kau orang..

Sekiranya kau orang berminat nak mendapatkan servis membina laman web ataupun landing page, aku ada menawarkan servis membina laman web dan landing page dengan harga yang murah daripada pasaran (insyaAllah), click jer button whatsapp dibawah, kita boleh bincang.