Cara Meningkatkan Security Laman Web WordPress

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Keselamatan laman web yang dibina menggunakan platform WordPress menjadi salah satu topik yang sering dibincangkan di dalam group / kumpulan ataupun komuniti WordPress. Setiap hari ada sahaja laman-laman web yang telah diceroboh disebabkan pemilik website tidak mengendahkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan laman web mereka selamat daripada sebarang anasir-anasir yang tidak baik.

Sebagai pemilik yang menjalankan perniagaan E-commerce, langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan website adalah mandatori. Website mestilah sentiasa diaudit oleh mereka yang bertauliah. Sekiranya anda menggunakan platform WordPress, mengubah default login link (wp-admin) adalah salah satu langkah permulaan yang terbaik bagi memastikan tiada sebarang usaha (brute force attack).

Apa itu brute force attack ? Brute force attack adalah satu serangan bot yang dikendalikan bagi memecahkan kod akses (login password) untuk mendapatkan akses ke laman web, rangkaian dan sistem. Brute force attack juga akan mengakibatkan laman web anda menjadi perlahan dan akhirnya menyebabkan ia error (gagal untuk di diakses).

Berikut dibawah adalah langkah awal yang boleh anda ambil bagi mengekang aktiviti ini di laman web WordPress anda, sila ikuti langkah-langkahnya :-

Install Plugin WPS HIDE LOGIN
  1. PLUGINS dan ADD NEW
  2. Taip WP HIDE di dalam ruangan carian
  3. Pilih WPS Hide Login dan click INSTALL NOW , kemudian ACTIVE kan plugin tersebut

CARA SETTING PLUGIN WPS HIDE LOGIN

  1. Click SETTINGS
  2. Click WPS Hide Login
  3. Sila pilih link login unique bagi wordpress anda, sebagai contoh di dalam gambar diatas saya menggunakan dashboard sebagai URL login saya. Anda memilih apa sahaja nama bagi mengantikan default (wp-admin). Sebagai contoh /mydash /secure /myurl dan lain-lain
  4. Setelah anda memasukkan nama unik (URL), sila click SAVE CHANGES .

Tahniah, pada peringkat ini anda telah berjaya memasang tembok keselamatan pertama daripada percubaan bad bots untuk mendapatkan akses ke dalam laman web anda. InsyaAllah pada artikel pada akan datang, saya akan kongsikan beberapa lagi layer keselamatan yang boleh anda aplikasikan ke dalam laman web anda. Terima Kasih.

** Saya ada menawarkan servis membina laman web / landing page, migration, pemasangan premium theme dan plugin (wordpress), serta servis bantuan teknikal berkaitan lama web dengan kos yang berpatutan dan murah. Boleh hubungi saya melalui button whatsapp dibawah.