Freelance Web Designer Dari Rawang, Selangor

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Pertama sekali, saya perkenalkan diri saya 🙂 . Nama saya Khairul Azahar Sharriffuddin, boleh panggil saya khai sahaja. Seorang freelance web designer dari rawang, selangor. Alhamdulillah, setakat ini dah hampir 3 tahun saya berada di dalam bidang ini. Pengkususan saya adalah didalam pembinaan laman web hartanah (termasuk landing page) dan merupakan founder bagi laman web hartanah.my .

Sekiranya anda berminat untuk melantik saya sebagai designer bagi laman web anda, boleh contact saya ye. InsyaAllah, saya boleh berikan special price (katakan anda datang dari blog lamanweb.org). Buat masa ini, saya mengoperasikan lamanweb.org, dimana ia merupakan laman web induk bagi produk-produk dibawahnya, antaranya viral.my, hartanah.me, takaful.me, image.my dan lain-lain lagi..

Sekiranya anda berada di lokasi rawang, bukit sentosa, bukit beruntung, bandar tasik puteri, bandar country homes, antara gapi, batang kali atau kawasan sekitarnya dan sedang mencari web designer, InsyaAllah, saya ada menyediakan servis pembinaan laman web dengan kos sederhana mengikut ciri-ciri dan keperluan yang anda inginkan.. Boleh jumpa berbual-bual di kedai kopi.. 🙂

Tak kisah laman web apa yang anda inginkan, InsyaAllah saya boleh deliver dengan sebaiknya, dan yang paling penting sekali harga servisnya adalah terendah daripada harga pasaran dan anda akan menerima support yang berterusan daripada saya selaku designer anda. Konsep servis saya adalah “managed web design”, dimana saya akan memberikan bantuan (support) berterusan kepada client saya selagi mana ia melanggan servis saya.

Kebanyakkan client nie agak risau untuk menguruskan laman web sendiri. Tidak ramai yang mempunyai pengetahuan untuk menguruskan laman web (termasuk kemaskini, penyelenggaraan dan keselamatan web). Untuk mendapatkan support berterusan daripada pembangun, anda perlu membayar untuk mendapatkan servis mereka. Itu sudah pastinya lah kan, mana ada orang buat kerja percuma, anda perlu membayar masa mereka..

Oleh itu,saya di lamanweb.org menyediakan perkhidmatan sokongan berterusan kepada sesiapa berminat untuk melantik kami sebagai designer bagi laman web mereka. InsyaAllah, support tersebut akan datang terus daripada saya…

Khairul Azahar Sharriffuddin
Founder Lamanweb.org
21 Februari 2021 5:52 Minit Petang

** Ini merupakan artikel blog pertama yang saya tulis di lamanweb.org, InsyaAllah saya harap ia akan menjadi pemangkin kepada lamanweb.org untuk terus maju dan menjadi salah satu pembangun laman web terbaik di Malaysia, insyaAllah.

Post Comment