Konsep Dan Matlamat Memiliki Laman Web Sendiri

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Adakah ketika ini anda sedang mencari web designer untuk membina laman web atau landing page bagi perniagaan anda ? Jika Ya, maka anda kini berada di tempat yang tepat 🙂 . Alhamdulillah, di dalam artikel blog pada kali ini, saya akan terangkan beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum memulakan langkah untuk melantik webdesigner bagi membangunkan laman web impian anda..

Baiklah, mengikut pengalaman saya sebagai seorang web designer di lamanweb.org, saya mendapati, majoriti founder atau pemilik perniagaan tidak jelas (kurang kefahaman) tentang konsep dan matlamat memiliki laman web apabila ditanya. Sekiranya pada peringkat ini anda masih tidak jelas dengan konsep dan matlamat yang ingin dicapai, adalah penting untuk anda belajar mengenainya terlebih dahulu sebelum berkira-kira untuk mengeluarkan apa-apa dana pelaburan bagi membina laman web. Secara jujur saya katakan, kebarangkalian untuk gagal adalah sangat tinggi..

Bukan sedikit tetapi ramai yang meninggalkan laman web mereka begitu sahaja selepas 3 bulan memilikinya, mengapa ? Sebab dari peringkat awal lagi, mereka sudah keliru dengan konsep dan matlamat yang ingin dicapai. Ramai yang cenderung untuk percaya, sekiranya memiliki laman web, ia akan meroket kan sales anda, laman web akan dikenali dan mudah dicari pelanggan di google, laman web akan berjaya seperti shopee dan lazada. Bagi saya ini semua adalah gula-gula di dalam dunia marketing sahaja, tidak semudah itu ya…

Iklan-iklan begini akan selalu lalu di feed facebook kita, ayatnya manis sahaja kan ? Saya tak katakan ia salah dan tak katakan ia betul juga, ia bergantung kepada banyak perkara (kita tak boleh nilaikan dengan satu sudut sahaja). Laman web hanyalah platform (medium) sahaja, tetapi yang perlu mengerakkannya adalah anda, lebih tepatnya bagaimana cara anda untuk memasarkannya adalah perkara yang terpenting sekali…

Pernah ada seseorang yang whatsapp saya waktu dahulu meminta untuk redesign semula website miliknya dan apabila saya inspect, ternyata design nya sangat kemas dan maklumat yang ada di dalamnya disusun dengan sangat teliti sekali. Saya nyatakan kepadanya, “mengapa nak redesign semula tuan, website tuan dah cantik, semuanya okay tiada masalah”, dia katakan, disebabkan website dia sendu sahaja (tiada pelawat)..

Saya terus nyatakan kepadanya, bahawa dia sedang mengalami masalah berkaitan pemasaran bukan laman web. Dia perlu mendapatkan orang yang tepat di dalam pemasaran sebenarnya, bukannya web designer. Setelah berdiskusi dengannya, saya berikan nombor telefon beberapa orang kenalan saya yang mahir di dalam bidang pemasaran untuk dia mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka..

Actually, ramai orang yang menghadapi masalah seperti ini, iaitu gagal untuk memahami masalah yang sedang mereka hadapi di dalam perniagaan. Ada yang terus menyalahkan platform kerana tiada sales yang masuk, sedangkan sales (jualan) adalah dibawah peranan bahagian marketing (pemasaran), bahagian marketing sebenarnya yang bertanggung jawab untuk membawa prospek masuk kedalam platform dan selepas itu bahagian sales yang menguruskannya. Bahagian IT (web design/development) pula akan memastikan laman web tersebut sentiasa berada di dalam keadaan yang terbaik untuk dilayari..

Bila founder dan pemilik perniagaan gagal untuk memahami konsep asas ini, bila sales tak masuk, itu yang rasa down, motivasi mula menurun, mula rasa ditipu. Ini perkara asas yang akan dilalui oleh semua orang (terutama peniaga online), saya juga begitu dahulu. Perniagaan ini tidak seindah yang kita bayangkan, banyak cabarannya.

Baiklah, nasihat saya sebelum anda ingin memulakannya, anda perlu mendapatkan nasihat dari ahli dalam bidang ini. Jika malas nak tanya, anda boleh sahaja cari semua maklumat ini di google sahaja. Tak perlu hadir seminar untuk tahu semua ini, cukup anda membahagikan sedikit masa untuk belajar mengenainya sudah memadai. Perniagaan semestinya ada risiko, tetapi risiko itu perlu hadir dengan pengetahuan yang jelas mengenainya (sebelum kita meletak apa-apa duit ke atasnya)..

Khairul Azahar Sharriffuddin
Founder Lamanweb.org
23 February 2021 2:49 Minit Malam

Post Comment