SERVIS DIGITAL DAN KREATIF
BINA LAMAN WEB
Freelance web designer yang menyediakan servis membina laman web, sales dan landing page dengan harga mampu milik bagi semua jenis perniagaan dan perkhidmatan.
PROMOSI BULAN SEPTEMBER 2024
TAWARAN HARGA ISTIMEWA ! LANDING PAGE HANYA RM450 SAHAJA
Diskaun harga sehingga 50% Khas untuk bakal pelanggan kami yang berminat untuk mendapatkan servis membina laman web dan sales page bagi bulan SEPTEMBER 2024
SAYA BERMINAT NAK BINA WEBSITE, TAPI TAK TAHU PROSES DAN HARGANYA, BOLEH TERANGKAN DENGAN LEBIH DETAIL ?
STEP 1
PERBINCANGAN & SEBUT HARGA
Proses perbincangan dan konsultasi antara designer dan pelanggan akan dilakukan pada peringkat pertama ini, sama ada secara online (aplikasi whatsapp) ataupun perjumpaan secara fizikal. Proses ini bagi mendapat dan mengenalpasti maklumat serta keperluan pelanggan secara terperinci. Sekiranya keperluan pelanggan dapat dipenuhi, maka saya akan mengeluarkan quotation (sebut harga) bagi pihak client untuk menilainya. Sekiranya bersetuju, pihak kami akan mengeluarkan invoice dan pelanggan diminta untuk membuat pembayaran deposit bagi memulakan proses kerja-kerja rekaan.
STEP 2
PENYEDIAAN BAHAN KERJA
Pelanggan diminta untuk menyediakan bahan kerja seperti maklumat operasi perniagaan, jenis servis, perkhidmatan, ciri-ciri dan pakej produk. Maklumat visual seperti gambar, video testimonial pelanggan. Bahan ini boleh dihantar pdf, doc, ataupun perkongsian melalui aplikasi whatsapp dan juga cloud drive. Bahan ini akan diguna sebagai bahan kerja di dalam proses rekaan draft pertama. Tempoh rekaan draft akan bermula setelah mendapatkan bahan kerja lengkap daripada pelanggan. Tempoh masa rekaan draft adalah di antara 3-7 hari.
STEP 3
DRAFT DAN PERSETUJUAN REKAAN
Hasil draft akan dihantar kepada pelanggan bagi mendapatkan maklum balas pelanggan. Pada tahap ini, pelanggan bebas untuk meminda, menambah, atau mengurang mana-mana bahagian yang dirasakan sesuai ataupun tidak sesuai sehinggalah draft terakhir dipersetujui. Sekiranya draft telah di finalize, maka saya akan melengkapkan rekaan yang dipersetujui di dalam tempoh 7 hari.
STEP 4
PENGHANTARAN PENUH WEBSITE
Penghantaran penuh dilakukan kepada pelanggan. Ini termasuk sumber penuh rekaan, akses laman web, hosting dan juga domain. Sepanjang tempoh support, saya akan memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada pelanggan bagi mengendalikan operasi laman web secara percuma beserta dengan dokumentasinya.
SIAPA PENULIS SAYA ?
Khairul Azahar Sharriffuddin
Merupakan seorang freelance web designer yang mempunyai perniagaan berdaftar di atas nama DAYABUMI CREATIVE NETWORK.
Berpengalaman semenjak 2017 di dalam pembangunan laman web untuk pemilik perniagaan dan juga institusi. Sekiranya anda berminat untuk membina laman web dengan harga yang sangat berpatutan, jom digital bersama saya...
Nak Bina Web, Sales & Landing Page ?
Mulakan perjalanan anda bersama dengan saya...
MENGAPA PERLU LAMAN WEB ?
Strategi Tarik Leads Melalui Funnel Pemasaran Secara Online...
Tahukah anda, perbelanjaan bagi pemasaran perniagaan merupakan kos utama bagi sesebuah perniagaan untuk terus berkembang. Tanpa strategi pemasaran yang sistematik beserta brand yang dikenali, agak sukar untuk anda mendapatkan leads yang berkualiti apatahlagi terpaksa bersaing dengan pesaing yang lain..
Dengan menggunakan platfrom laman web anda sendiri sebagai funnel pemasaran online, ia akan meningkatkan potensi perniagaan anda berkembang secara digital. Saya menjemput anda untuk mencipta brand anda bersama dengan saya.. Jom saya bantu..
KELEBIHAN SERVIS YANG DITAWARKAN ?
Rekaan Yang Unik, Fleksibel & Sokongan Berterusan..
Rekaan laman web dan landing page yang dibina adalah unik dan fleksibel bagi setiap pelanggan. Setiap rekaan akan mengikut setiap module, fungsi, tema dan spesifikasi sebagaimana yang diminta oleh pelanggan bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka.
Pakej harga servis termasuK kemaskini web, pemeriksaan keselamatan dan penyelenggaraan laman web secara berkala. Anda tak perlu “pusing atau pening” lagi menguruskan web, hanya fokus pada jualan sahaja.. ada masalah, whatsapp sahaja, saya akan berikan bantuan sokongan IT secara terus..
BERMINAT UNTUK TAHU LEBIH LANJUT ?
Dapatkan Sebut Harga, Servis & Bantuan Daripada Saya..
© copyright 2021 by Dayabumi Creative Network (PG 0534996W)