Adakah anda seorang perunding takaful
yang sedang mencari web designer untuk membangunkan laman web takaful anda ? InsyaAllah, di dalam artikel blog pada kali ini, saya akan terangkan cara untuk mendaftar bagi mendapatkan servis membina laman web takaful secara percuma. Serius PERCUMA ! Anda boleh melayari laman webnya di TAKAFUL.ME untuk mendapatkan perincian lengkap mengenainya..
Takaful.Me merupakan sebuah public project dibawah kendalian lamanweb.org yang menyediakan servis membina laman web (landing page) secara percuma bagi perunding takaful tanpa sebarang bayaran (kos). Projek ini bertujuan untuk menyamarakkan penggunaan teknologi maklumat dikalangan perunding takaful bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan online.
Saya selaku founder lamanweb.org berbesar hati menyediakan perkhidmatan ini kepada komuniti takaful Malaysia. InsyaAllah, servis ini akan selamanya ada selagi mana saya masih mampu, sihat dan hidup untuk meneruskannya. Jadi anda tak perlu bimbang mengenai soal availability (ketersedian) servis ini.
Boleh gunakan ia tanpa sebarang keraguan. Buat masa ini, (23/02/2020), sebanyak 12 landing page telah berjaya di hantar kepada pengguna dan jumlah ini insyaAllah akan terus naik dengan pendaftaran baru pada setiap minggu.
Boleh gunakan ia tanpa sebarang keraguan. Buat masa ini, (23/02/2020), sebanyak 12 landing page telah berjaya di hantar kepada pengguna dan jumlah ini insyaAllah akan terus naik dengan pendaftaran baru pada setiap minggu.
Setiap perunding takaful yang mendaftar akan mendapatkan satu landing page (basic) yang dilengkapi dengan profile image dan juga contact detail. Boleh lihat contoh dibawah :-
Okay tak ? Nampak menarik kan ? Ini adalah basic landing page, mengapa basic ? Ini bagi mengelakkan ejen tidak aktif menerima fungsi penuh. Mengikut pengalaman saya sebagai web designer, hanya sekitar 10-20 peratus pemilik website akan aktif setelah memiliknya. Cara dan kaedah ini adalah penyelesaian terbaik baik mengelakkan pembaziran tenaga dan masa.
Sepanjang tempoh setahun setelah Ejen takaful menerima landing page basic secara percuma, saya secara personally nya akan monitor perkembangan setiap ejen (sama ada aktif ataupun tidak). Sekiranya saya dapati ada antaranya yang sangat aktif, maka saya akan memberikan tawaran percuma untuk menaik taraf landing page mereka kepada full version. Mereka akan menerima kit landing page yang lengkap. Ia dilengkapi dengan profile Agent, Product/Brosure Gallery, Testimonial, Clients Gallery, Web Stories, Online Form (notifikasi melalui email dan sms). Dibawah adalah contoh full landing page takaful :-
Tak perlu domain dan hosting, semuanya akan dihost di infastuktur cloud. Perunding takaful hanya menjalankan tanggung jawab mereka untuk melakukan pengiklanan sahaja menggunakan landing page yang telah disediakan. Semuanya akan diuruskan oleh kami (termasuk kemaskini data, support dan sebagainya) Tetapi sekiranya anda inginkan sebuah landing page yang white label (menggunakan domain sendiri) dengan design yang berbeza dari sedia ada, insya-Allah saya boleh buatkan dengan kos yang sangat minimum, anggaran dalam RM500 untuk landing page (beserta dengan domain dan hosting) dan sekiranya ingin multi-page (lebih daripada 1 page) anggaran kos di dalam RM1200 (beserta domain dan hosting). Paling penting sekali anda akan menerima support berterusan daripada saya sekiranya ada apa-apa masalah (walaupun anda zero knowledge mengenai hal berkaitan laman web)
Persoalan yang selalu dinyatakan kepada aku adalah, “dimana untung dan manfaatnya buat servis percuma begini, mana ada benda percuma zaman sekarang nie, semua perlukan kos termasuk masa” , dan ada juga yang berkata, "Kau percaya ke ada benda percuma dalam dunia nie?". Rata-rata pertanyaan lebih kurang sama sahaja. Sebenarnya, jika kau orang nak menyumbang atau membayar pun boleh, kira macam menyumbang bagi kelangsungan operasi laman web ini. Tapi buat masa ini, aku tak perlukan itu semua lagi (mungkin masa hadapan aku akan kenakan caj untuk pengguna baharu), jadi yang mana ada mendaftar sekarang nie kira untunglah..
Ini sebenarnya adalah public projek (projek awam), ia tiada kaitan dengan keuntungan. Ia hanyalah inisiatif yang aku ambil untuk membantu sebahagian orang yang berminat untuk “cuba-cuba” belajar tentang online marketing.. Tak perlu nak keluar belanja yang banyak untuk bina sebuah landing page bagi tujuan pemasaran online.. Boleh mulakan secara percuma sahaja.
Okay, ini adalah antara salah satu faktor yang memungkinkan aku untuk mengenakan caj kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki landing page di takaful.me pada masa hadapan (caj yang minimum). Sebenarnya dah lama aku menyediakan servis percuma kepada public. Sekarang ini sudah bulan MAY 2023 (sudah lebih 2 tahun aku menawarkan servis bina landing page takaful secara percuma).
Dari dapatan data setakat ini, hanya sekitar 10 peratus sahaja pengguna yang akan aktif setelah menerima landing page yang diberikan secara percuma.. Sangat kecewalah. Tapi walau bagaimanapun, aku masih tetap meneruskan usaha ini. Aku nak lihat semua produk-produk aku berjaya suatu hari nanti. Jadi apa tunggu lagi ? Nak landing page secara percuma ? Whatsapp sahaja saya..
Khairul Azahar Sharriffuddin
Founder & Web Designer Lamanweb.Org
23 Februari 2021 3:42 Minit Petang
SIAPA PENULIS BLOG ?
Khairul Azahar Sharriffuddin
Merupakan seorang freelance web designer yang mempunyai perniagaan berdaftar di atas nama DAYABUMI CREATIVE NETWORK.
Berpengalaman semenjak 2017 di dalam pembangunan laman web untuk pemilik perniagaan dan juga institusi. Sekiranya anda berminat untuk membina laman web dengan harga yang sangat berpatutan, jom digital bersama saya...
Nak Bina Web, Sales & Landing Page ?
Mulakan perjalanan anda bersama dengan saya...
MENGAPA PERLU LAMAN WEB ?
Strategi Tarik Leads Melalui Funnel Pemasaran Secara Online...
Tahukah anda, perbelanjaan bagi pemasaran perniagaan merupakan kos utama bagi sesebuah perniagaan untuk terus berkembang. Tanpa strategi pemasaran yang sistematik beserta brand yang dikenali, agak sukar untuk anda mendapatkan leads yang berkualiti apatahlagi terpaksa bersaing dengan pesaing yang lain..
Dengan menggunakan platfrom laman web anda sendiri sebagai funnel pemasaran online, ia akan meningkatkan potensi perniagaan anda berkembang secara digital. Saya menjemput anda untuk mencipta brand anda bersama dengan saya.. Jom saya bantu..
KELEBIHAN SERVIS YANG DITAWARKAN ?
Rekaan Yang Unik, Fleksibel & Sokongan Berterusan..
Rekaan laman web dan landing page yang dibina adalah unik dan fleksibel bagi setiap pelanggan. Setiap rekaan akan mengikut setiap module, fungsi, tema dan spesifikasi sebagaimana yang diminta oleh pelanggan bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka.
Pakej harga servis termasuK kemaskini web, pemeriksaan keselamatan dan penyelenggaraan laman web secara berkala. Anda tak perlu “pusing atau pening” lagi menguruskan web, hanya fokus pada jualan sahaja.. ada masalah, whatsapp sahaja, saya akan berikan bantuan sokongan IT secara terus..
BERMINAT UNTUK TAHU LEBIH LANJUT ?
Dapatkan Sebut Harga, Servis & Bantuan Daripada Saya..
© copyright 2021 by Dayabumi Creative Network (PG 0534996W)